Sunday, November 1, 2009

SCHERZO


Hari itu aku berdiri dgn seorang perempuan.Betul betul di sebuah kedai kopi.Tapi tidaklah pula aku teringin untuk menjamah walau secangkir kopi pun.Entah,sejak kecil lagi aku tidak diajar untuk meminati kopi walaupon aku tau bapaku sendiri mmg amat menggemari kopi dari afrika.Aku melihat kedai kopi ini agak vintage rupanya.Ada unsur unsur campuran cina dan eropah.Aku agak secangkir kopi disini mungkin menelan kos sebanyak enam ringgit."Orang2 urban disini mmg suka membuang duit",monologku sendiri.Tapi aku sendiri pun suka membazir kadang kadang.

Yang menarik perhatian aku pada hari itu ialah seorang perempuan yg duduk di sebuah meja bersama pasangannya.Mungkin suami dia barangkali.Tapi aku rasa mcm kenal akan perempuan itu.Yang aku faham selama ini muka yg sebegitu rupa agak banyak aku lihat.Aku kemudian mengeluarkan dompet dari belakang seluar levis ku.Dompet ini sudah berusia 15 tahun.Dan kemudian aku mengeluarkan sesuatu di sebalik dompet lamaku ini.Ianya adalah sekeping kad kecil pemberian seorang teman semasa harijadiku yg ke 22.Kad ini berwarna maroon dan di depannya tertulis 'THE BODYSHOP'.Aku selak akan kad kecil ini dan apa yg aku lihat ada 2 jenis gambar.Yang pertama adalah sekuntum bunga rose merah dan yg kedua adalah gambar seorang perempuan.Gambar perempuan ini mmg cantik sampaikan kawan kawan ku sendiri tidak boleh tidur malam.Yelah aku tau ada sedikit jerawat disitu.Tapi aku tidak pernah peduli.Aku teringat satu masa dahulu.Seorang kawan membawa sebotol ramuan ajaib.Katanya dgn meminum ramuan ini jerawat boleh hilang.

Masa itu aku tgh makan2 bersama dengan temanku ini dan secara tiba tiba kawanku itu datang entah dari mana dan terus mempromosikan ramuan ajaibnya itu.Dan keesokkan harinya temanku itu memberitahu padaku bahawa dia menangis sekuat hati di dalam sebuah tandas."You janganlah sampai bawak kawan then boleh pulak dia bawak ubat jerawat tu dekat I.I takkan menangis kalau u buat salah benda lain yang lagi teruk dari ni".Lebeh krg begitulah bunyinya.Sangat sensitif dgn jerawat dan pada masa itu aku hanya tersenyum saja."I tau u suruh dia dtg promote ubat tu dekat I kan?".Aku tergelak bila dia berkata begitu.Itu mungkin cerita lama yg maseh kukuh dalam benak fikiranku sendiri tapi yang lebeh penting adalah isi kandungan yang ada dalam kad tersebut.
song and i know u love this song too",kata anakku sybillia.Dan mobilku beredar sambil suara2 dari corong speaker itu bergema dgn alunan2 british yg memukau."Kill me sarah,kill me again with love.It's gonna be a glorious day".
LOVE ME TENDER
LOVE ME LONG
TAKE ME TO YOUR HEART
FOR ITS THERE
THAT I BELONG
with lurve
ur cheerleader


Begitulah bunyinya serba sedikit.Aku baca berulang kali dan aku tatap wajah itu sekali lagi.Kemudian aku pegang kad itu.Aku genggam dengan perlahan lahan dengan tgn kananku sendiri.Aku tersenyum seorang diri.Perempuan yg berada di sebelah aku ini berasa hairan.Dia mendongakkan kepalanya seraya berkata,"Why u smile?".Aku diam seribu bahasa sambil aku belai belai rambutnya yg cantik.Kemudian aku pegang tangannya yg kecil menuju ke sebuah meja yg menempatkan pasangan itu.Aku jalan perlahan lahan sambil tersenyum senyum.Dan apabila aku menghampiri meja tersebut aku meletakkan kad kecil itu di atas sebuah meja.Aku pandang mukanya buat kali terakhir.Dia senyum tanpa mengungkapkan sepatah perkataan pun.Kemudian aku berkata "U look beautiful since the first time i met u".Setelah itu aku meninggalkan mereka berdua dan terus menuju ke mobilku.

Aku duduk.Aku diam.Diam bukan bermakna aku kecewa.Aku diam sebab aku tidak tahu untuk berkata apa apa lagi."Daddy,lets go home,i miss ur wife.Suara itu memecahkan kesunyian antara aku dgn dirinya.Aku pandang akan wajahnya dan aku tersenyum riang.Aku lihat akan jari jarinya yg kecil ligat menekan mp3 player yg ada dalam mobil ku ini.'Daddy,i love this

NOTA KAKI

Kad kecil itu aku maseh simpan dan aku rasa sudah empat tahun ia berada di dlm dompetku.Itu bukan bermakna aku maseh teringatkannya lagi.Tapi perempuan itu telah byk mengajar aku ttg bagaimana mahu menjadi seorang lelaki seperti apa yg aku ada pada hari ini.Dan pada masa entry ini ditulis barulah aku sedari bahwa isi yg terkandung dalm kad kecil itu adalah dari lirik elvis presley.Sesuatu yg aku tidak dapat jangkakan semenjak 4 tahun yg lalu.Dan kepada bakal isteriku jgn risau bahwa aku sentiasa menyayangi mu sampai bila2 pun even kad itu maseh aku simpan sampai sekarang....



WHEN AT LAST MY DREAMS COME TRUE

3 comments :

Alice Capulet said...

;)

beautifully written

Anonymous said...

finally..updated!

ksha

Youjie said...

love it~ +_+